Social Icons

Pages

Sunday 24 February 2013

riwayatku

"apa khabar?". begitulah bermulanya kehidupanku. saya ditanyakan khabar oleh seorang saudara yang tidak kukenali. dengan penuh perasaan tenang. aku menjawab, "baik." terasa asing sekali walhal aku tidak pernah merasai perasaan ini sama sekali di persekitaran yang kelihatan baru dan bising.tertoleh ke kiri dan ke kanan, ku menampak banyak saudara-saudari yang mempunyai mirip serupa. yang berlainan, cumalah warna. saya berwarna merah dan hitam. setahu saya, namaku amporlo.

pada minggu pertama, aku berasa seronok, mempunyai ramai sahabat setiap hari. walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang dibawa pergi ke tempat lain. sahabat pertamaku, asadi menjawab, "hari kita juga akan menjelang. kita akan mempunyai tuan-tuan"

hari yang ditunggu-tunggu tiba lebih awal daripada dijangka. aku dibawa ke sebuah kedai runcit di taman bukit rambai. perasaan yang gembira bercampur sedih, meninggalkan sahabat-sahabat yang baru dikenali.
setiap hari, terdapat ramai pelanggan yang menjenguk kedai runcit. di situ, aku melihat banyak tuan mengambil abang penyapu, kakak kuali dan pak cik periuk. mereka diambil pulang untuk menjalani tanggungjawab masing masing. yang kutahu, pak cik periuk dan kakak kuali akan dimainkan di atas api yang cukup panas. terasa gerun apabila memikirkan pengalaman seketika di bawah pancaran matahari. apatah lagi bahang api.

pada suatu hari, seorang pemuda masuk ke dalam kedai. cukup jelas kulihatkan pemuda tersebut memandangku. ditanyakan wanita sebelahnya tentang kewujudanku. wanita berumur lebih kurang 50-an menunduk kepalanya. aku berasa gembira. aku akan mempunyai tuan yang baru.

dipakaikan atas kakinya, dia terus mengambil ku ke atas dan dibayarkan dengan harga ringgit sepuluh. begitulah bermula hidupku. ku kira, nasib ku dikira baik. ke mana tuan ku pergi, ku pergi. dapat juga bersiar siar di jusco, tesco, tempat pejabat besar serta kedai kedai makan. semua pengalaman pertama dingati. kurasakan nasibku lebih sempurna pak cik periuk dan kakak kuali.

semasa berjalan, ku melihat ramai sahabat lama. sempat lagi bersandiwara saudara asadi tersebut. pengalaman demi perngalaman ku timba. HSBC bank. mamak Ali Maju. tidak kurang juga GSC panggung wayang.

selepas setahun, ku rasakan bosan. tetapi, kini tuan telah membiarkan aku di dalam kereta. sebagai alas kaki ketika memandu. haihhhh... apa nak buat? saya mempunyai sahabat baru yang menggantikan tempat lama. namanya, HP. sahabat baru ini berwarna jingga dan putih kekuningan.

setiap hari, tuan akan memakai HP ke mana mana dan saya pula dipakai di dalam kereta. hari seperti inilah yang mula membuatkan saya resah. di man pula saya akan pergi jika saudara baru sampai. tertanya tanya di fikiranku. mungkin ini la yang dikatakan riwayat sepasang selipar. hanya mampu bertanya dan tidak tahu hala tuju kehidupan.

Tamat.

penulis blog ini terkenang sewaktu zaman kecil dahulu, kerap menulis karangan yang bertajukkan, "riwayatku".

Sunday 3 February 2013

lost

if all of a sudden you feel a sense of lost in direction, what do you do? i am having that a lot lately. part of me feels i need to do something about it but apart of me knows that i have not learned enough. am i being impatient. learning takes time and achievement is not built in a day. i know that. so what gives?

being in assurance is great. lots of people to meet, tonnes of things to learn and the best part: work until you don't have a sense of time. what day is it?

for me, assurance gives me a breath of fresh air but the freshness is dying down. i want to know why too. i am learning but i kept questioning does this really help in my future?

i don't know. sometimes to believe something so bluntly makes me feel lost.

Blog Archive