Social Icons

Pages

Tuesday 4 October 2011

saya masih anak jati melaka, oni

hari agak bermakna. seorang kawan lama tiba tiba bertanya khabar kat aku. biasanya, jarang ada kawan lama yang singgah di profil saya di facebook yang bertanya khabar. tiba tiba terasa rindu pula zaman waktu sekolah rendah. pada masa itu, sangat gembira. kawan lama ini boleh dikatakan kawan baik sewaktu darjah satu lagi. masa itu, dia cukup kerdil dan gigi gongak. wah, sekarang. hansem dan tinggi giler. tu la, anak campuran melayu dan jepun ini memang kelihatan lain daripada yang lain.

kawan ini agak lucu pada masa tu. kita sama-sama bertugas sebagai pengawas. cuba anda teka apa tugas yang diberikan kepada kami. biasanya, jaga pagar, meronda di kantin, bilik darjah dan juga bilik guru. tugas kami agak istimewa. kami adalah penjaga masa. hahaha, macam dewa-dewa pulak. kami ditugaskan untuk membunyikan loceng sekolah. pada masa itu, loceng yang digunakan mempunyai fungsi manual bukan seperti sekarang, semua berfungsi guna elektrik. tugas ini sangat senang. cuma perlu tekan loceng bila tiba masa. sebelum bunyi loceng, kita akan duduk di meja sambil berbual bual.

kawan ini sangat kreatif. dia mengajar macam mana bersiul. aku bukan main susah baru belajar teknik siulan daripada dia. dia kata, senang saja. buat mulut tu macam ikan. lepas tiup. aku masih ingat aku terus balik belajar banyak kali. jadi pulak pada keesokan hari. sebagai balasan, dia meminta aku mengajar dia cakap bahasa cina. pelik kan budak jepun ni. orang minta ajar akademik, dia minta ajar bahasa cina. dah la bahasa cina aku tak beberapa baik. ajar sahaja. dia tanya sahaja lepas tu aku tolong tafsirkan dalam bahasa cina. ini boleh dikatakan teori economy sebagai barter sistem.

memori yang paling aku tak boleh lupa ialah isyarat tangan. mesti tumbuk kat buku lima, lepas tu berjabat tangan dan buat ala rock sambil bercakap "oh yeah". haha.... itulah zaman waktu sekolah rendahku yang cukup seronok lagi menarik ketika bertugas. nasib baik waktu itu tiada cikgu yang memandang. kalau tidak, digeleng kepala cikgu tu.

sebab saya gelarkan diri saya sebagai anak jati melaka sebab kawan ini ingatkan aku dah lupakan daratan. takde la, kawan. saya masih diriku yang dulu. cuma telah menimba lebih banyak pengetahuan. yang berbeza cuma saiz yang tinggi sikit dan suara gelakan sedikit lebih kuat. entah sejak bila kawan saya mengejek suara ketawa saya sangat lantang. biarlah..... apa pun, assignment belum siap lagi. mahu pergi buat sekarang.

dia nampak mcm budak cina...cuba teka mana satu kawan baik saya. sayang sekali tak pernah ambil gambar dengan dia.

ohh.... kawan baik saya bernama onira bin sharif. kita kenal sejak darjah satu lagi dan dia duduk di sebelah saya pada masa itu.

1 comment:

rulez for me

Blog Archive